Doa Memohon Bimbingan Supaya Tidak Salah Dalam Meminta

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ

(Surah Hud: 47)

Doa ini adalah doa Nabi Nuh AS, setelah Allah SWT membinasakan anaknya bersama dengan kaum kafir dalam satu tragedi banjir besar.

Pada awalnya, doa Nabi Nuh AS ditolak Allah SWT disebabkan rasa kasih sayang baginda kepada anaknya sementara Allah SWT berjanji untuk menyelamatkan ahlinya.

Baginda berpandangan, anaknya termasuk dalam kalangan ahlinya yang juga akan diselamatkan Allah SWT.

Allah SWT menjawab tanggapan tersebut dalam Surah Hud ayat 46; …dia bukanlah termasuk ahlimu.

Lalu dengan penuh penyesalan atas kejahilan dirinya, Nabi Nuh AS berdoa dengan doa ini bagi memohon keampunan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

قَالَ رَبِّ اِنِّيْۤ اَعُوْذُ بِكَ اَنْ اَسْـئَلَكَ مَا لَـيْسَ لِيْ بِهٖ عِلْمٌ ۗ وَاِ لَّا تَغْفِرْ لِيْ وَتَرْحَمْنِيْۤ اَكُنْ مِّنَ الْخٰسِرِيْنَ

“Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku daripada orang-orang yang rugi.”

(Surah Hud: 47)

Antara pengajaran dalam doa ini:

1. Hendaklah orang yang berdoa belajar dan mendalami bab doa (bertafakkuh) agar dapat berdoa dengan ilmu dan faham akan apa yang sedang didoakan.

2. Hendaklah orang yang berdoa sentiasa memohon doa dengan maksud yang agung ini iaitu memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT kerana dengan doa ini dia akan selamat di dunia dan di akhirat.

3. Hendaklah orang yang berdoa menjauhi perbuatan yang melampaui batas ketika berdoa.

4. Doa di atas menunjukkan setinggi mana pun darjat seseorang, dia tetap perlu kepada Allah SWT dengan sentiasa bertaubat dan kembali kepadaNya.

5. Hendaklah orang yang berdoa memilih doa-doa yang Syari’e iaitu doa-doa yang ma’thur daripada al-Quran dan Sunnah yang sahih.

6. Mengaku akan kesalahan dan segera bertaubat daripada kekhilafan adalah akhlak terpuji yang dituntut oleh agama.

والله أعلم.

Unit Ilmu PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 59722
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)