Daripada Abu Nu’man bin Basyir RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Doa adalah ibadah. Kemudian Baginda
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(HR al-Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasa’i dan Ibn Majah: Sahih)
- Doa adalah bentuk pengabdian tertinggi kepada Allah kerana ia menzahirkan kebergantungan dan kehinaan seorang hamba di hadapanNya
- Sesiapa yang meninggalkan doa dengan sombong dianggap meninggalkan ibadah dan akan mendapat balasan buruk
- Doa merupakan cara utama untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh rahmat serta pertolongan



