Dari Meja Pengerusi – Penstrukturan dan Penambahbaikan Gerak Kerja

Bismilllah..

InshaaAllah PIKDM sedang dalam proses penstrukturan dan penambahbaikan gerakkerja, tujuannya tidak lain adalah untuk memberi lebih banyak manfaat buat masyarakat dan ummah khususnya.

Beberapa langkah dan gerakkerja yang PIKDM akan ambil dan telah laksanakan kini adalah untuk manfaat bersama. Penginfak mendapat saham akhirat, masyarakat disantuni dan dibantu kearah mendorong dan menyokong ke satu matlamat yang lebih jelas.

Untuk merealisasikan matlamat dan perancangan ini, PIKDM perlukan dana yang kukuh untuk meneruskan kerja dakwah dan kebajikan ini, kami mampu bantu untuk ramai, namun untuk kami bantu lebih ramai lagi dengan bermodalkan dana pelbagai yang terpaksa berkongsi dengan asnaf yang memerlukan memanglah tidak mencukupi untuk kami meneruskan kerja besar ini..

Masaalah bagi kami bukanlah alasan untuk meraih simpati sepertimana kami meraih dana untuk bantu ramai..kami hanya perlu mencari solusi bukan mahu menambah beban para penginfak yang kami sayangi selama ini telah banyak menabur budi dan bakti, hanya Allah yang mampu membalasnya.

Antara langkah² yang bakal PIKDM ambil adalah dengan menjana ekonomi dari jualan produk² PIKDM serta ruang Dewan kuliah PIKDM akan dimanfaatkan untuk beberapa aktiviti yang mampu menjana keuntungan bagi menampung kos pengurusan dan sebagainya, kami akur tidak selamanya PIKDM mampu bertahan dengan mengharapkan bantuan infak sepenuhnya.

Mohon doakan PIKDM terus melangkah ke satu aras yang lebih baik lagi agar ahli dan penginfak PIKDM akan terus dapat menikmati keuntungan dunia dan akhirat bersama.

Matlamat kita didunia ini pastinya berbeza, namun matlamat akhirat kita pastinya sama. Mahu meraih redha Allah dan syurga Allah yang abadi. Peluang dan ruang yang PIKDM sediakan ini tidak lain adalah untuk membawa semangat berlumba lumba mengejar akhirat ‘Fastabikhul khairat’. Pasti semua dari kita mahu jadi golongan yang beruntung didunia dan beruntung di akhirat. Semoga Allah merahmati kita semua.

Barakallahhufeekum.

Lynnda Abbas
PIKDM
=========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia