Dana Kilat PIKDM Untuk Mangsa Kebakaran di Kg. Kurnia Jaya Batu 4, Tawau

Alhamdulillah, dengan hasil kutipan derma kilat daripada para penginfak PIKDM, kita berjaya menyalurkan beberapa barangan keperluan utama kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kebakaran ini.

Antara barangan yang telah dibelanjakan pada hari kemarin adalah set barangan mandian:

1.baldi, 2.ubat gigi, 3.berus gigi, 4.sabun mandi, 5.shampoo, 6.cotton buds, 7.tuala wanita, 8.tuala mandian, 9.kain pelikat, 10.susu bayi 11.pampers bayi.

Terdapat 100 set kesemuanya yang akan diberikan kepada 100 keluarga untuk fasa awal ini.

Para sukarelawan yang terlibat berkerjasama dalam aktiviti pembungkusan 100 set barangan ini sehingga pukul 1 tengah malam. Setelah itu, kami membawa 50set barangan tersebut untuk disampaikan kepada mangsa yang sudah disenarai pendekkan.

Kami mengharapkan dengan senarai keluarga mangsa yang sudah ada dapat mengawal proses agihan dengan baik, namun ketika kami berada di tapak kebakaran, masih ramai keluarga yang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan bantuan sehingga lewat malam.

Apapun, terima kasih banyak buat semua penyumbang PIKDM yang sudi bersama-sama membantu meringankan sedikit beban keluarga mangsa yang terlibat. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan. Aminn

Jazakumulllahhu khayran buat Team PIKDM di Tawau.
===================
Wakil Team PIKDM di Tawau:
Ustaz Hamdan
Cikgu Azwan
Ust Iqbal
Sukarelawan
Anak² sekolah Alternatif Tawau

Perbelanjaan Fasa 1 : RM5,500
RM500 turut disumbangkan dari infak kawan² Ustaz Hamdan di Tawau.

Dana Fasa 1 : RM5,000 ✅
Set Barang Bantuan: 100 set

Baki Dana terkumpul akan dibawa ke Fasa 2 & 3 yang masih dalam proses pengumpulan data maklumat senarai barangan yang paling diperlukan, bagi mengelakkan pembaziran dan pertindihan.

Semoga yang diuji diberi kesabaran dan digantikan dengan yang lebih baik lagi. Aameen.
===================
MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

*Code: #TAWAUKEBAKARAN*
=======================
LINK PENUH RANGKAIAN PIKDM KLIK DISINI
https://linktr.ee/PIKDM
Sebarang pertanyaan lanjut klik *INQUIRY*
======================
▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪
#PIKDM
#TAWAUKEBAKARAN
#DKMKTAWAU

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia