Dana Kilat Bantuan Gaza Palestine

“18 rumah musnah sepenuhnya dalam masa berapa jam akibat serangan Israel atas Gaza. Rumah² yang musnah habis tahun lepas belum lagi dibina semula, ramai yang masih duduk di rumah sewa dari tahun lepas sampai sekarang. Makin bertambah nombor keluarga² yang dulu ada rumah milik mereka tapi sekarang tak ada lagi. This is life in Gaza”

“Semoga umat Islam bangun secepat mungkin, sudah ditidur lama sangat ni.” – luahan hati rakyat Gaza.

Sedih melihat wajah² yang menerima sumbangan..ada antara mereka itu hilang anak, hilang isteri hilang keluarga..hilang hartabenda tidaklah sesedih hilang nyawa insan insan yang tersayang.

Wakil PIKDM di Gaza yang diuruskan oleh NGO Jamiyah Islamiyah mengucapkan terima kasih banyak dan jazzakum Allah khair pada semua yang membantu dan ‘support’ rakyat Gaza dan mohon terus ‘support’ rakyat Gaza selalu.

Kami hanya mampu jawab, InshaaAllah kita bantu semampunya walau kecil sumbangan ini bagi kami, besar erti bagi mereka yang diuji kehilangan rumah dan keluarga. Allahu musta’an. Semoga Allah terus beri kekuatan dan keteguhan jiwa buat rakyat Palestine.

Hasbuna Allah wa ni’mal wakeel

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia