Alhamdulillah tiada lagi titisan hujan yang menembusi papan papan lantai rumah Pak Amin, tidur malam anak² kecilnya tidak lagi terganggu bunyi air hujan yang menitik ‘tik! tik! tik! tanpa elektrik mahupun generator mereka tetap lena dibaluti nyenyaknya malam, andai tidak dibantu untuk dibaikpulih bumbung rumah ini, pak amin tetap bersyukur hidup begitu sehingga bila beliau mampu beli sekeping zink pun entah bila pun kita tak tahu, kerana perut anak isteri perlu didahului, alah bisa tegal biasa..sebelum ini kita bantu beliau berdikari dengan kita bantu belikan mesin rumput dan sebiji motor 2nd hand pada awal tahun ini untuk beliau mampu cari rezeki sekitar kampungnya setelah hilang pekerjaan sebagai tukang kebun sekolah setahun yang lepas, dengan bantuan ini banyak juga membantu meringankan beban beliau untuk menyara keluarganya.
Kisah Pak Amin ini sudah pun PIKDM paparkan pada awal tahun ini, kenapa kita mahu bantu beliau adalah kerana beliau insan yang Allah pilih untuk kita bantu. Terimakasih kepada team MADS yang banyak memudahkan urusan PIKDM menyantuni masyarakat Pulau Jambongan, Sabah ini.
Terimakasih sekali lagi buat Cikgu Azam dan team MADS Pulau Jambongan yang merealisasikan video ini untuk PIKDM. Barakallahhufeekum.
InshaaAllah Fasa ke 2 akan dipercercepatkan.
Akhir sekali rumah ini akan dilengkapi dengan ‘generator’ untuk beliau menikmati cerahnya malam dan manfaat lain buat seisi rumah. InshaaAllah.
Kesemua kos yang disasarkan sebanyak RM14k telah pun tercapai. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman.
#PIKDM
#Mads
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM
#RumahPakAminPulauJambongan
#PulauJambongan