Bersifat dengan sifat ‘Ibad Al Rahman

Firman Allah Ta’ala:

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا ‎﴿٦٣﴾‏ وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا ‎﴿٦٤﴾‏ وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا ‎﴿٦٥﴾‏ إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا ‎﴿٦٦﴾‏ وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا ‎﴿٦٧﴾‏

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

(Surah al-Furqan: 63-67)

  1. Allah menyifatkan ‘ibad al-Rahman dengan sebaik-baik dan semulia-mulia sifat.
  2. Antara sifat mereka adalah tawadhu’ dan tenang, banyak solat malam, takutkan azab neraka dan berdoa dijauhkan darinya, adil dalam berbelanja serta menjaga kehormatan diri.
  3. Dalam berinteraksi sesama manusia pula, mereka menjauhi orang jahil namun tidak membalas dengan seumpamanya serta selalu memperbaiki diri disamping mendoakan kebaikan untuk kaum kerabat dan orang terdekat.

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

Penyertaan & Sumbangan Projek Angkat 2023https://projek2023.pikdm.org.my

Infaq Potongan Bulanan Secara Auto Debit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

Pembelian Buku Zikir Pagi & Petang : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir

 

ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

 

Sebarang Pertanyaan :

Pn Lynnda Abbas – Whatsapp : https://wa.link/85adwi

Pn Shaliza – Whatsapp : https://wa.link/j7irlz

CIK Alyssa – Whatsapp : https://wa.link/7euwpc  

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia