Bantuan Dapur Pek Siri 6 Covid19 di Sandakan, Sabah

Keluarga 1 – Keluarga Jamal

Jamal yg berumur 50 tahun mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak, serta 7 cucu, 4 daripadanya tinggal bersama Jamal. Tinggal diatas tanah rizab kerajaan, tidak mempunyai elektrik dan air.

Jamal dahulu seorang penganut agama Cina, dan memeluk Islam pada umur 27 tahun sebelum berkahwin. Akibatnya, beliau dibuang oleh keluarga beliau sendiri atas keputusan itu. Sejak itu, Jamal hidup sebatang kara, kerana isterinya juga diusir oleh keluarga kerana kahwin tidak mengikut kehendak keluarga.

Jamal mahir dalam bidang cat kenderaan. Itulah kerja yang dia lakukan utk menyara hidup keluarga. Isterinya pula menghidap penyakit diabetes, menyebabkan kesukaran utk bekerja, hanya menjadi suri rumah sahaja.

Jamal sekarang perlu menyara seorang anak dan 5 orang cucu. Paling kecil umur 3 tahun, dan paling besar umur 15 tahun.

Ini merupakan rumah yang terakhir dan yang tercicir dari senarai kawasan yang PIKDM bantu sebelum ini dan telah pun disempurnakan baru-baru ini. Alhamdulillah.

================================
Keluarga 2 – Keluarga Pn Rosinah

Kg Tbward, Sandakan, Sabah

Penerima bantuan bulanan zakat dari PIKDM juga telah disempurnakan buat Pn Rosinah dan 3 anaknya. Anak yang paling kecil itu pun besar sudah. Bayangkan dulu diberi minum susu tin ‘condensed milk’ sahaja untuk membesarkan anak ini.

Semoga setiap paparan ini menginsafkan kita yang serba penuh nikmat ini.

================================
Laporan dari Ustaz Imran Zuhairie
(Tim Pengerusi Mads)
MADS Pulau Jambongan

Jazakumullahhu khayran buat Ust Imran yang mewakili PIKDM di sandakan.

Barakallahhufeekum buat yang menyumbang dan yang membantu.
__________________________________________
ONLINE INFAK https://www.pikdm.org.my/donations/mi/

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Like/Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia

#PIKDM
#Mads
#Sandakan
#DapurPekCovid
#DapurPekPIKDM
#DapurPek
#Kebajikan
#covid19

   

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia