Bantuan Dapur Pek Ramadhan PIKDM Siri ke 3 di Tawau Sabah

[ Projek Dapur Pek Ramadhan PIKDM ]

Ramadhan yang ke-9.
(Sabtu 2 Mei)

Kita sudah masuk untuk fasa yang ke-4 PKP dan semestinya ramai keluarga yang betul betul terputus punca pendapatan. Lebih lebih lagi bagi keluarga yang bekerja sendiri dan juga bekerja di sektor sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

Hari ini seramai 15 keluarga berjaya kita sampaikan bantuan di perumahan kongsi Sri Indah, Batu 10. Majoriti keluarga yang tinggal disini bekerja sebagai kontrak pembinaan bangunan dan langsung tiada gaji yang masuk sepanjang PKP ini.

Sebenarnya sudah lama mereka menghubungi kami tetapi baru hari ini dapat disampaikan bantuan. Ada juga NGO lain yang pernah menghantar bantuan ke tempat mereka namun tidak semua yang dapat diberikan kerana bilangan penduduk yang sangat ramai mencecah 100 lebih keluarga.

Kita harap dengan bantuan dapur Ramadhan ini dapat membantu dan memberi sedikit senyuman kegembiraan buat para penerima.

Terima kasih banyak buat penyumbang dan penginfak dari PIKDM untuk Projek Dapur Ramadhan ini. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Laporan diterima semalam dari wakil team Tawau Cikgu Azwan MMS menyempurnakan Siri ke 3 bantuan Dapur Pek Covid Ramadhan.

Jazakumullahhu khayran cikgu Azwan Mms dan team.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun yang tertera dibawah;
======================
Infak Online Ramadhan
https://www.pikdm.org.my/donations/pr/
https://www.pikdm.org.my/donations/pr/

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/

Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia

Like/Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia

Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
MAYBANK (PIKDM)

MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

#PIKDM
#Kebajikan
#RamadhanDapurPek
#Ramadhan1441H
#KitaJagaKita
#MisiMasyarakatTerpinggir
#MigranJugaManusia

   

   

   

   

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia