Asrama Madrasah Uthman Ibn Affan di Cox’s Bazar Bangladesh

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Telah dibina sebuah lagi Projek PIKDM:

Asrama Madrasah Uthman Ibn Affan di Kem Kutupalong Coxs Bazar Bangladesh bagi menempatkan penambahan pelajar yang semakin tidak tertampung dan sekaligus menjadikan asrama bagi pelajar² Tahfiz yang menetap disini.

Siang berfungsi sebagai Madrasah manakala malam sebagai asrama bagi pelajar. Tidur beralaskan selimut dan bantal sudah memadai bagi mereka. Mereka tak perlukan katil araupun tilam, cukup selimut ataupun bantal, itupun jika perlu. Kebanyakan mereka di Kem ini tidak perlukan keselesaan tempat tidur. Cukup sekadar tempat menadah ilmu dan perut mereka diisi seadanya.

Hajat mereka untuk siapkan Asrama Madrasah ini sebelum Ramadhan tiba dipermudahkanNya. Mereka berusaha keras untuk siapkan kerja pembinaan ini dari 28Mac tarikh mula pembinaan, dalam masa kurang dari 2 minggu kerja² pembinaan siap semuanya dan dapat dimanfaatkan sehari sebelum Ramadhan. Alhamdulillah.

Semoga infak ini dapat menjadi saksi kita semua di akhirat nanti.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM yang budiman.
======================
Klik Link website INFAK:
https://www.pikdm.org.my/donations/ramadhan1442h/

SELAMAT BERINFAK!!
======================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#MadrasahUthmanIbnAffan
#AsramaMadrasahUthmanIbnAffan
#Coxsabazar
#KemKutupalong

     

     

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia