Skip to content
Buletin & aktiviti

Amalan Memudahkan ke Syurga – Menjahui Sifat Sombong

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

احْتَجَّتِ النَّارُ، وَالْجَنَّةُ، فَقَالَتْ: هَذِهِ يَدْخُلُنِي الْجَبَّارُونَ، وَالْمُتَكَبِّرُونَ، وَقَالَتْ: هَذِهِ يَدْخُلُنِي الضُّعَفَاءُ، وَالْمَسَاكِينُ، فَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لِهَذِهِ: أَنْتِ عَذَابِي أُعَذِّبُ بِكِ مَنْ أَشَاءُ – وَرُبَّمَا قَالَ: أُصِيبُ بِكِ مَنْ أَشَاءُ – وَقَالَ لِهَذِهِ: أَنْتِ رَحْمَتِي أَرْحَمُ بِكِ مَنْ أَشَاءُ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْكُمَا مِلْؤُهَا

Syurga dan neraka itu berdebat, lalu ia (neraka) berkata: Akan masuk ke dalamku orang yang angkuh dan sombong. Dan berkata (syurga): Akan masuk ke dalamku golongan yang lemah dan miskin. Maka Allah azza wa jalla berfirman untuk ini (neraka): Kamu adalah azabKu dan Aku akan mengazab sesiapa jua yang Aku kehendaki dan Dia berfirman untuk ini (syurga): Kamu adalah rahmatKu, Aku akan merahmati sesiapa jua yang Aku kehendaki dan bagi setiap daripada kamu berdua (syurga dan neraka) akan dipenuhi.

(HR Muslim: Sahih)

  1. Sifat sombong adalah merujuk kepada keadaan seseorang itu merasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada dirinya
  2. Ciri-ciri sifat sombong adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain
  3. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya ada walau sedikit perasaan sombong

 

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image