AGIHAN PEK IFTAR 27 – 30 RAMADHAN Pulau Jambongan Beluran, Sabah.

SABAH- MALAYSIA
Pulau Jambongan Beluran

AGIHAN PEK IFTAR 27 – 30 RAMADHAN, TAJAAN PIKDM:
320 PEK SEHARI

Alhamdulillah, pihak MADS Pulau Jambongan telah menyempurnakan agihan Pek Iftar Ramadhan 27 – 30 Ramadhan tajaan PIKDM kepada seluruh warga Kg Malalin, Pulau Jambongan Beluran Sabah.

Selama sebulan program iftar ini berjalan, tugasan belian bahan basah dan kering setiap minggu perlu dibeli di pekan paitan menaiki bot meredah laut dan sungai untuk bekalan stok seminggu. Kesusahan dan kepayahan ini semata² mahu beri makan buat berbuka puasa penduduk kampung yang sumber air dari air tangki tadahan hujan dan sumber elektrik dari Generator.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana mereka simpan stok ayam yang banyak utk menu iftar seminggu dan sebulan?

Alhamdulillah ihsan dari Guru Besar Sek Malalin beri tumpang freezer dirumah beliau bagi penyimpanan stok ayam dan bahan basah iftar seminggu. Stok bahan asas iftar akan diulang beli oleh team Mads yang diuruskan oleh Pengerusi Mads Cikgu Azam sendiri, setiap minggu beliau dan team Mads akan ke pekan bagi stok bekalan seminggu pula.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM.

Buat tahun ke 2 tajaan Iftar Pek Ramadhan PIKDM menyempurnakan tajaan 1 bulan penuh tajaan buat Mads Pusat, penduduk Kg Malalin dan1 hari tajaan di Mads cawangan Kg Hujung.

RM48K TELAH DIBELANJAKAN BAGI TUJUAN INI
PIKDM tidak mampu lakukan ini semua tanpa pertolongan Allah dan tanpa sokongan para penginfak PIKDM yang budiman terus menyokong selama ini. Semoga Allah merahmati kalian semua.

Barakallahhufeekum.

ISTIQOMAH BERINFAK!!
======================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

             

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia