QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Agihan Dapur Pek Ramadan PIKDM – Sekitar Besut Terengganu

AGIHAN DAPUR PEK RAMADAN PIKDM 1447H

Sekitar Besut, Terengganu
18 Mac 2026

Alhamdulillah, pada 18 Mac 2026, telah berlangsungnya Program Agihan Bantuan Dapur Pek Ramadan PIKDM di beberapa kampung sekitar Besut, Terengganu, melibatkan 6 buah keluarga asnaf terpilih dalam suasana penuh kasih sayang dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk menyantuni keluarga yang memerlukan, di samping memupuk semangat prihatin serta budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat. Bantuan yang diagihkan merangkumi set barangan keperluan asas seperti beras, gula, susu, minyak masak, mi segera, sardin dan biskut, yang diharapkan dapat meringankan beban penerima serta menyokong keperluan harian mereka.

Dapur Pek:

  • Beras 5kg
  • Gula pasir
  • Susu pekat
  • Minyak masak 1kg
  • Mi segera
  • Sardin
  • Biskut

Agihan ini telah diselaraskan dengan penuh amanah oleh wakil pasukan di lapangan, Wakil Tim Sukarelawan PIKDM Terengganu yang diketuai oleh Saudara Haikal telah mendapatkan data maklumat asnaf melalui ketua kampung. Saudara Haikal memastikan setiap sumbangan disampaikan tepat kepada penerima yang memerlukan. Biarpun kecil sumbangan ini, besar maknanya untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan, setiap langkah yang diatur, dan setiap senyuman yang terukir menjadi amal kebajikan yang diterima oleh Allah SWT. Diharapkan usaha ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan serta mengeratkan silaturrahim dalam komuniti.

Alhamdulillah, keseluruhan agihan telah disempurnakan dengan jayanya. Jazakumullahu khayran buat para penginfak budiman.

Yang menjalankan amanah,
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

Kami masih memerlukan sumbangan anda. Klik infak di bawah untuk menyumbang.

Klik Sini : https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image