Program Ramadan PIKDM 1447H
Agihan Moreh di Sarawak
==========
Alhamdulillah, pada 12 Mac 2026 telah berlangsungnya agihan moreh di Masjid Mutiara Iman (MMI), Sarawak dengan penyertaan 60 orang jemaah dalam suasana penuh keberkatan.
Juadah moreh disediakan bagi menyantuni jemaah serta menghidupkan Ramadan dengan semangat berkongsi rezeki. Agihan diselaraskan oleh wakil Tim Sukarelawan PIKDM di Kuching, Encik Muhamad Amirul Hakimi (Imam Tarawih bertugas).
Terima kasih buat para penginfak budiman. Semoga Allah berkati dan merahmati kalian.
Yang menjalankan amanah,
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM
Kami masih memerlukan sumbangan anda. Klik Infak di bawah untuk menyumbang.
Klik Sini : https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/












