QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Laporan Program Agihan Bantuan Dapur Pek PIKDM 1447H – Negeri Sembilan

LAPORAN PROGRAM AGIHAN BANTUAN DAPUR PEK PIKDM 1447H – Negeri Sembilan

SMK Rantau, Negeri Sembilan
16 Mac 2026

Alhamdulillah, pada 16 Mac 2026, telah berlangsungnya Program Agihan Bantuan Dapur Pek di SMK Rantau, Negeri Sembilan, yang melibatkan 5 orang pelajar asnaf sebagai wakil kepada 5 buah keluarga, dalam suasana penuh kasih sayang dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk menyantuni keluarga yang memerlukan, di samping memupuk semangat prihatin serta budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat. Bantuan yang diagihkan merangkumi barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras, gula, makanan ringan, kicap dan pelbagai barangan lain yang diharapkan dapat meringankan beban penerima serta membantu kelangsungan keperluan harian mereka.

Agihan ini telah diselaraskan dengan penuh amanah oleh wakil Tim Sukarelawan PIKDM di lapangan, Saudara Aqil yang memastikan setiap sumbangan sampai kepada penerima dengan tertib dan teratur. Suasana mesra serta penuh kesyukuran yang terpancar daripada wajah para pelajar dan keluarga mereka menggambarkan betapa program seperti ini membawa makna, harapan dan kelegaan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan, setiap langkah yang diatur, dan setiap senyuman yang terukir menjadi amal kebajikan yang diterima oleh Allah SWT. Diharapkan usaha ini dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan serta mempererat silaturrahim dalam komuniti.

Alhamdulillah, keseluruhan agihan telah berjaya disempurnakan dengan lancar.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman.

Yang menjalankan amanah,
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

Kami masih memerlukan sumbangan anda. Klik infak di bawah untuk menyumbang.

Klik Sini : https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 107632
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image