Sumbangan Kelengkapan PPE & Thermometer

Terimakasih buat Cikgu Azam (Pengerusi) dan Ustaz Imran (Timbalan Pengerusi) MADS Pulau Jambongan yang menyempurnakan agihan 2 kotak berupa set kelengkapan PPE dan 2 thermometer kepada ‘Medical Assistant’ Mr Kador wakil bagi klinik kesihatan daerah Pulau Jambongan yang merupakan satu²nya klinik kesihatan desa yang ada di pulau ini untuk memberi khidmat kesihatan buat masyarakat disini yang serba banyak kekurangan dan terpencil dari segala kemudahan.

Pada awal Covid melanda, PIKDM telah memperuntukkan sejumlah set PPE untuk disumbangkan ke klinik kesihatan Desa di Pulau Jambongan ini, atas faktor kelewatan dari pembekal, logistik dan pengangkutan telah membataskan penghantaran segera dilakukan. Alhamdulillah ala kullihal.

Walau tiada kes covid direkodkan disana, namun pihak klinik kesihatan daerah ini sangat mengharapkan sumbangan ini sampai pada mereka walau lewat mereka sanggup tunggu dan terima keperluan set PPE ini yang bakal dimanfaatkan bukan waktu Covid semata².

PPE set ini selain menjadi SOP keperluan pihak hospital, klinik, pusat jagaan kesihatan, ia juga menjadi keperluan bagi industri yang berisiko tinggi terdedah kepada penularan wabak sangat memandang prihatin akan keperluan PPE set ini.

Semoga sumbangan ini bermanfaat. Jazakumullahhu khayran buat penaja bersama As SOBIREEN Nursing dan para penginfak PIKDM.

#PIKDM
#Kebajikan
#Covid19
#PpeSet
#KlinikKesihatanJambongan

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia