Skip to content

PUASA HARI PUTIH BULAN RABIULAKHIR

PUASA HARI PUTIH BULAN RABIULAKHIR

Antara kelebihan puasa tiga hari setiap bulan ialah ganjarannya disamakan dengan puasa sepanjang tahun. Rasulullah SAW bersabda:

صَوْمُ ثَلَاثَةٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانَ إِلَى رَمَضَانَ صَوْمُ الدَّهْرِ

“Puasa tiga hari pada setiap bulan dan Ramadan ke Ramadan merupakan puasa sepanjang masa.”

(HR Muslim: Sahih)

Prinsip ini berkait rapat dengan firman Allah SWT:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)”

(Surah al-An‘am: 160)

Dengan gandaan sepuluh, puasa tiga hari bersamaan ganjaran 30 hari. Jika dilakukan setiap bulan, ia memberikan nilai ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun.

Ini memperlihatkan keluasan syariat dalam menyediakan amalan yang ringan dari sudut bilangan hari, tetapi besar dari sudut ganjarannya.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemas kini aktiviti PIKDM
https://linktr.ee/PIKDM
www.pikdm.org.my

Sumber: Facebook PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image