Laporan Program Bimbingan Rohani
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak
Alhamdulillah, pada 17 Mei 2026, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah berjaya menganjurkan Program Bimbingan Rohani bersama para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam..
Program ini merupakan hasil jalinan kerjasama strategik antara PIKDM dan FSKM UiTM yang telah dirancang sejak tahun 2025, dengan matlamat menyampaikan pengisian kerohanian, memperkukuhkan akidah serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar kurang upaya penglihatan.
Keseluruhan kos program telah ditaja sepenuhnya oleh
Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), UITM Shah Alam. PIKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Roselah Osman atas kepercayaan, sokongan dan komitmen beliau sehingga program ini berjaya direalisasikan.
Program diketuai oleh Cik Alyssa Diyana Khairuzzaman selaku Pengarah Program merangkap fasilitator. Antara pengisian yang telah dijalankan ialah aktiviti interaktif:
- Slot Aqidah – “Mengenal Allah SWT” oleh Ustaz Luthfi Azhar.
- Sesi bacaan puisi “Si Celik dan Si Buta” oleh Pn. Lynnda Abbas (PengerusiPIKDM), penulis buku Hipokrasi Ikhlas.
- Slot Fiqh Ibadah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Izzat bin Che Hussin.
- Ice Breaking & Kuiz oleh Cik Alyssa Diyana
Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan disiplin, fokus dan penglibatan yang sangat memberangsangkan walau dalam keadaan kurang upaya penglihatan kami kagum melihat pelajar masih mampu berlari laju naik ke pentas dan pergerakan mereka seperti tidak memperihatkan mereka pelajar OKU penglihatan..nak tahu apa perasaan kami ketika melihat situasi ini? Ikuti paparan selepas ini, kami akan sambung cerita tentang ini di paparan seterusnya..
Sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah juga amat positif dan membuktikan bahawa program seumpama ini mampu memberi impak yang bermakna kepada komuniti pendidikan khas.
Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Cikgu Azeyah binti Isa, barisan pentadbir, guru-guru dan seluruh warga SMK Pendidikan Khas Setapak Kula Lumpur, wakil UITM, Penceramah jemputan, sukarelawan PIKDM serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan program ini.
Kami akan berkongsi detik-detik istimewa sepanjang program ini—kisah yang mengajar kami bahawa cahaya sebenar bukan hanya pada mata, tetapi juga pada hati. Ikuti paparan seterusnya..
PIKDM – Ilmu • Kebajikan • Dakwah
Anda juga boleh ikuti Reels program terdahulu
https://www.facebook.com/share/v/14hRW7evNyS/
Sokong dakwah & kebajikan PIKDM dengan membeli naskah *Hipokrasi Ikhlas* Klik link dibawah untuk dapatkan naskah ini
https://kedai.pikdm.org.my/…/hipokrasi-ikhlas-karya…
Sentuhan Ilmu, Sentuhan Hati.”
PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM
#PIKDM
#UITM
#SeKpenKhasSetapak
#OKU
#Pendidikan




Galeri ini memuatkan sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar, sila layari hantaran penuh di Facebook PIKDM.
Sumber: Facebook PIKDM



