QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

IBADAH KORBAN 1447H BERSAMA PIKDM | PULAU JAMBONGAN, SABAH

IBADAH KORBAN 1447H BERSAMA PIKDM | PULAU JAMBONGAN, SABAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

Pada hari pertama Aidiladha, sekitar jam 6:30 petang, PIKDM telah berjaya melaksanakan ibadah korban seekor lembu di Pulau Jambongan, Sabah.

Lembu korban kali ini merupakan antara lembu terbesar yang berjaya diperoleh di Pulau Jambongan dengan anggaran berat melebihi 500kg.

Alhamdulillah, hasil korban tersebut telah menghasilkan sebanyak 100 pek isi daging, dengan setiap pek seberat kira-kira 2kg. Bahagian tulang pula diagihkan secara berasingan agar lebih ramai penduduk dapat menerima manfaatnya.

Proses agihan dimulakan sejurus selepas selesai penyembelihan pada malam hari dan diteruskan pada awal pagi keesokan harinya bagi memastikan daging korban sampai kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Peserta Korban Pulau Jambongan 1447H:

  1. Hamba Allah
  2. Hamba Allah
  3. Freida Amat
  4. Nur Salmi Besme
  5. Norazam Hashimudin
  6. Sharifah Oyah Syed Abdul Rahim
  7. Mohd Azzahari Othman

Bagi masyarakat Pulau Jambongan yang serba sederhana, kehadiran daging korban bukan sekadar memenuhi keperluan makanan, malah menjadi lambang kasih sayang, persaudaraan dan keprihatinan umat Islam yang berkongsi rezeki serta kegembiraan Aidiladha.

PIKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta korban, penyumbang dan Tim Mads yang telah membantu menjayakan pelaksanaan ibadah korban ini.

Semoga Allah SWT menerima ibadah korban para peserta, melimpahkan keberkatan kepada harta dan keluarga mereka serta menjadikannya amal soleh yang berterusan di sisi-Nya.

Jazakumullahu khairan kathira.

www.pikdm.org.my

#KorbanBersamaPIKDM1447H

#PulauJambongan

#Sabah

#IbadahKorban

#PIKDM

#Mads

Galeri ini memuatkan sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar, sila layari hantaran penuh di Facebook PIKDM.

Sumber: Facebook PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 107057
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image