KORBAN 1447H BERSAMA PIKDM | KL & SELANGOR
Alhamdulillah, ibadah korban 1447H bersama PIKDM di Kuala Lumpur dan Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan izin Allah.
Tahun ini, pelaksanaan korban melibatkan:
3 ekor lembu
4 ekor kambing
PIKDM IBADAH KORBAN 1447H/2026.
■ KUALA LUMPUR/SELANGOR.
Tarikh korban: Hari Raya Pertama [10Zulhijjah]
[LEMBU 1]
- Mazlinda Mahbob
- Nur Iman Alia binti Eddie Khalil
- Freida Amat
- Noor Hayati Kassim
- Aishah Yam Man Hong
- Rohani Hassan Mohamed
- Sharin Mohamed Shafian
[LEMBU 2]
- Khairuzzaman Mohammad
- Rozita Abd Rahman
- PIKDM
- PIKDM
- PIKDM
- PIKDM
- PIKDM
[LEMBU 3]
- Puspa Sari Dewi
Mohamed Noor
- Sharina Sultan
- Suzana Ahmad
- Shahfina Bahador Shah
- Bahirah Tajul Aris
- Susanna Ameriyanti
- Maya Ezzati Zainal
Kambing
- Puspa Sari Dewi Mohamed Noor
- Norlida bt Mohamad Hizam
- Ahmad Wajdi bin Hanafi
- Mohd Hasnul Ismar Bin Mohd Ismail
Proses penyembelihan dijalankan di dua lokasi:
Kandang Mimaland Gombak [lembu 3]
Kandang HnH Sungai Pusu, Gombak [Lembu 1&2]
Tahun ini penyembelihan korban dilakukan di kandang lembu sebelum lembu korban dihantar ke Maahad Tahfizul Quran Darul Hijrah, Kuala Lumpur untuk proses melapah, mencincang dan pembungkusan. Tim dari Darul Hijrah bersama Tim PIKDM membantu proses melapah, mencincang dan pembungkusan hingga selesai.
Hasil korban ini bukan sahaja diagihkan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan, malah 2 daripada 3 ekor lembu korban serta 2 ekor kambing turut dijadikan stok bekalan makanan bagi Maahad Tahfizul Quran Darul Hijrah KL seperti kebiasaan yang dilakukan oleh PIKDM untuk membantu meringankan beban keperluan bekalan makanan bagi tempoh anggaran 4 hingga 6 bulan akan datang.
Di sebalik setiap bahagian korban yang diamanahkan, terselit kegembiraan keluarga asnaf, pelajar tahfiz, warga yang memerlukan dan mereka yang jarang menikmati daging sepanjang tahun.
Firman Allah SWT:
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah Al-Kauthar: 2)
Terima kasih kepada semua peserta yang telah mempercayai PIKDM untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak anda.
Semoga setiap titisan darah korban menjadi saksi ketaatan, dan setiap agihan daging menjadi asbab rahmat serta keberkatan buat para peserta dan keluarga.
Jazakumullahu khayran atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.
Terimakasih buat semua Tim PIKDM, Sukarelawan yang terlibat membantu.
Sebahagian gambar pelaksanaan korban dan agihan di KL & Selangor disertakan dibawah.
#KorbanBersamaPIKDM1447H
#KorbanPIKDM1447H
#PIKDM
#KorbanKLSelangor
#IbadahKorban




Galeri ini memuatkan sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar, sila layari hantaran penuh di Facebook PIKDM.
Sumber: Facebook PIKDM



