IBADAH KORBAN PIKDM 1447H | TELUPID, SABAH
Alhamdulillah, ibadah korban 1447H bersama PIKDM di Telupid, Sabah telah berjaya dilaksanakan dengan izin Allah.
1 ekor lembu korban telah disempurnakan dan daging korban diagihkan kepada para asnaf, keluarga yang memerlukan serta komuniti setempat yang layak menerima manfaat.
Peserta Korban Lembu 1 (Telupid, Sabah):
- Freida Amat
- GITM (Sedekah Daging)
- GITM (Sedekah Daging)
- GITM (Sedekah Daging)
- GITM (Sedekah Daging)
- GITM (Sedekah Daging)
- GITM (Sedekah Daging)
Ibadah korban mengajar kita erti ketaatan, pengorbanan dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan. Setiap bahagian yang disumbangkan menjadi asbab kegembiraan buat keluarga-keluarga yang jarang menikmati daging sepanjang tahun.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Nahar yang lebih dicintai Allah daripada mengalirkan darah (haiwan korban).” (HR al-Tirmizi)
Terima kasih kepada peserta korban dan para penyumbang Sedekah Daging (GITM) yang mengamanahkan pelaksanaan ibadah ini kepada PIKDM.
Semoga Allah menerima ibadah korban dan sedekah yang dilakukan, mengurniakan keberkatan rezeki, kesihatan serta ganjaran yang berlipat ganda.
Jazakumullahu khairan kathira.
#PIKDM
#Korban1447H
#TelupidSabah
#SedekahDaging
#KorbanBersamaPIKDM




Galeri ini memuatkan sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar, sila layari hantaran penuh di Facebook PIKDM.
Sumber: Facebook PIKDM



