LAPORAN TERTUNDA AGIHAN DAPUR PEK RAMADAN PIKDM 1447H
Masjid D’Jariyah, Ibadan, Nigeria
Tajaan: D’Jariyah Group
Jumlah Sumbangan: RM10,000
Penerima Manfaat: 100 orang
Nilai sumbangan: RM100 bagi 1 Dapur Pek
Alhamdulillah, pada 10 hari awal Ramadan, telah disempurnakan agihan Dapur Pek Ramadan di Masjid D’Jariyah, Nigeria dengan jayanya.
Program ini diselaraskan oleh PIKDM dengan kerjasama rakan strategik di lapangan, memastikan setiap sumbangan sampai kepada penerima dengan tersusun, telus dan penuh amanah.
Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada komuniti setempat yang terdiri daripada keluarga asnaf, ibu tunggal, serta masyarakat yang memerlukan dalam suasana penuh tertib dan kebersamaan.
Setiap penerima menerima pek keperluan makanan asas yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan sepanjang Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.
Jazakumullahu khayran buat rakan kerjasama strategik D’Jariyah Group.




















