AGIHAN DAPUR PEK RAMADAN PIKDM 1447H
6 Madrasah Projek Angkat PIKDM
Kem Pelarian Rohingya, Cox’s Bazar – Bangladesh.
Alhamdulillah, agihan Dapur Pek Ramadan telah berjaya dilaksanakan di 6 madrasah di bawah Projek Angkat PIKDM di kawasan Kem Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh.
Pek makanan ini diagihkan kepada ahli keluarga khususnya kaum wanita dan anak² kecil yang tidak diwajibkan berbuka di masjid ada juadah untuk mereka dirumah.Manakala kaum lelaki dan pelajar lelaki disediakan iftar sahur di masjid dan madrasah.
Antara madrasah yang menerima manfaat termasuk:
- Masjid PIKDM – Kem Kutupalong
- Madrasah Abu Hurairah (rd.) – Yukya
- serta beberapa madrasah lain di bawah rangkaian Projek Angkat PIKDM di Cox’s Bazar.
Setiap dapur pek mengandungi bahan makanan asas seperti beras, kekacang, minyak masak dan keperluan dapur, yang menjadi sumber utama untuk menyediakan makanan bagi pelajar madrasah dan keluarga sekitar.
Di kem pelarian ini, kehidupan mereka sangat dhoif.
Bagi mereka, sebungkus bahan makanan untuk memasak sahur dan iftar adalah nikmat yang sangat besar.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong usaha kebajikan ini.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya tanpa henti.








