AGIHAN 100 DAPUR PEK
Komuniti Madrasah PIKDM, Falana – Ibadan, Nigeria.
Alhamdulillah, agihan 100 Dapur Pek Ramadan telah berjaya disampaikan kepada komuniti sekitar Madrasah PIKDM di Falana, Ibadan, Nigeria.
Sumbangan ini memberi manfaat kepada para pelajar madrasah, keluarga asnaf serta komuniti setempat yang bergantung kepada bantuan makanan sepanjang Ramadan.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan dan dakwah PIKDM bagi memastikan masyarakat Islam di kawasan tersebut terus mendapat sokongan keperluan asas serta pendidikan agama. Madrasah ini juga menempatkan pelajar yang menuntut ilmu dan dibiayai melalui Projek Angkat PIKDM, termasuk bantuan elaun guru dan operasi madrasah.
Melalui sumbangan para penginfak, setiap keluarga menerima pek makanan yang dapat membantu menyediakan juadah sahur dan iftar sepanjang Ramadan.
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi bekalan pahala yang berterusan buat para penyumbang.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Jika ada yang berhajat untuk tunaikan zakat asnaf & fidyah puasa, rebutlah peluang di 10 akhir Ramadan ini
Klik Sini : https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/






