Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ
Tiga doa mustajab yang tidak ada keraguan padanya: Doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.
(HR al-Tirmidhi: Hasan)
- Kezaliman dosa besar dan doa orang yang dizalimi tidak terhalang, walaupun mangsa merupakan seorang pendosa. Kefajirannya ditanggung sendiri, tetapi doanya tetap dimakbulkan
- Orang musafir berada dalam keadaan yang lebih hampir kepada pergantungan kepada Allah. Justeru doanya termasuk antara yang mustajab kerana kesukaran dan keikhlasan dalam perjalanan
- Doa ibu bapa memiliki kedudukan yang sangat tinggi kerana lahir daripada kasih sayang yang tulus, dan doanya mudah dimakbulkan untuk kebaikan anak



