Zulhijjah merupakan antara bulan yang paling istimewa dalam kalendar Islam kerana padanya terkumpul pelbagai ibadah agung yang menggambarkan ketaatan dan pengorbanan seorang hamba kepada Allah SWT. Bagi tahun ini, tanggal 1 Zulhijjah 1446 Hijrah jatuh pada tarikh 29 Mei 2025. Sepuluh hari pertama pada bulan ini diberi keutamaan yang tinggi, sebagaimana disebut dalam al-Quran dan hadis sebagai hari-hari yang paling dicintai oleh Allah untuk beramal soleh.
Daripada sepuluh hari tersebut, tiga hari terakhir iaitu 8, 9 dan 10 Zulhijjah, memiliki keistimewaan tersendiri dan dikenali dengan nama yang khusus Iaitu Hari Tarwiyah, Hari Arafah dan Hari Nahar.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ง๐ฎ๐ฟ๐๐ถ๐๐ฎ๐ต:
Hari Tarwiyah merupakan tanggal 8 Zulhijjah. Menurut Ibn Qudamah, pada tarikh ini Jemaah haji akan mempersiapkan bekalan untuk menuju ke Arafah. Selain itu, tarikh 8 Zulhijjah juga menjadi tarikh bersejarah bagi umat Islam yang mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anak Baginda; iaitu Nabi Ismail AS.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฟ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ต:
Hari Arafah merujuk kepada 9 Zulhijjah berdasarkan takwim Hijri. Hari Arafah merupakan antara hari yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam khususnya mereka yang menunaikan ibadah haji. Pada tarikh ini, semua jemaah haji akan berwukuf di Arafah sekaligus mengambil peluang waktu mustajab doa di sana. Manakala bagi umat Islam di tempat lain di seluruh dunia pula, mengambil peluang mengejar kelebihan hari Arafah dengan berpuasa pada hari tersebut.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ก๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ/๐๐ฑ๐ต๐ฎ:
Hari Nahar atau hari sembelihan juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Hari ini merupakan hari kebesaran Islam yang diharamkan berpuasa. Pada tarikh 10 Zulhijjah ini, jemaah haji memulakan lontaran di Jamratul Kubra. Selain itu, para jemaah haji juga disunatkan melakukan ibadah korban yang mana pelaksanaannya afdhal dilaksanakan di Mina. Hari nahar ini bersambung dengan hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
๐๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐จ๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ – https://www.pikdm.org.my/korban-1446h/











