Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Tiada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari di awal Zulhijjah ini. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu.
Hari-hari yang bakal menjelang ini memiliki kedudukan yang sangat agung di sisi Allah SWT. Bahkan, Allah SWT sendiri telah bersumpah dengannya di dalam al-Quran dan sesungguhnya Allah SWT tidak bersumpah melainkan dengan sesuatu yang benar-benar besar dan mulia.
Hari-hari ini adalah antara waktu yang paling dicintai oleh Allah SWT untuk pelaksanaan amal soleh. Kebaikan yang dilakukan dalam tempoh ini lebih utama daripada amalan pada hari-hari lain sepanjang tahun, termasuk bulan Ramadan.
Oleh itu, umat Islam digesa agar tidak mensia-siakan peluang ini. Perbaharuilah niat, tingkatkan kualiti ibadah, serta perbanyakkan amal soleh dan taqarrub kepada Allah SWT. Ini termasuklah memperbanyakkan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, serta memohon keampunan-Nya.
Dalam masa yang sama, dianjurkan juga agar kita memperluas manfaat kepada orang lain dengan memperbanyakkan sedekah, membantu golongan memerlukan, dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya hari-hari yang penuh keberkatan ini adalah anugerah daripada Allah SWT. Sambutlah ia dengan kesungguhan dan ketulusan, moga kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang beroleh reda dan ganjaran berlipat ganda.
𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐊𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐈𝐊𝐃𝐌 – https://www.pikdm.org.my/korban-1446h/



