Skip to content
Buletin & aktiviti

Memperbanyak Selawat

Daripada Ubai bin Ka‘ab, beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي؟ فَقَالَ: مَا شِئْتَ. قَالَ: قُلْتُ: الرُّبُعَ، قَالَ: مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: النِّصْفَ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قَالَ: قُلْتُ: فَالثُّلُثَيْنِ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ: إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin memperbanyyak berselawat kepadamu. Daripada itu, berapa banyakkah yang perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu. Aku pun berkata: Adakah satu per empat daripadanya? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku berkata: Adakah separuh daripadanya? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku berkata: adakah dua per tiga? Rasulullah menjawab: Terserahlah kepada kamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu. Aku pun berkata: Aku jadikan semua untuk kamu. Baginda pun bersabda: Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginan kamu dan diampuni semua dosa kamu.

(HR al-Tirmidhi: Hasan Sahih)

  1. Selawat merupakan doa kebaikan, keberkatan serta kesejahteraan kepada Rasulullah SAW.
  2. Digalakkan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW tanpa bilangan yang khusus.
  3. Ganjaran selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang akan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

 

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image