Skip to content
Buletin & aktiviti

Aktiviti Ulama Salaf Menjelang Ramadhan

Perkongsian daripada Syeikh Salih Fauzan al-Fauzan berkenaan bagaimana keadaan ulama salaf sebelum, semasa dan selepas Ramadan sebagaimana yang diriwayatkan dalam banyak kitab thiqah.

Sebelum: Berdoa supaya dipertemukan dengan Ramadan

Ada pandangan mengatakan para salaf mula berdoa enam bulan sebelum Ramadan lagi supaya dipertemukan dengan Ramadan kerana mereka sedar akan kebaikan dan manfaat yang besar sepanjang Ramadan. Antara doa yang diamalkan adalah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي مِنْ رَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Semasa: Berdoa dan berharap dipermudahkan melakukan amal soleh

Apabila memasuki Ramadan, mereka berdoa dan berharap supaya Allah membantu mereka dalam melakukan amal soleh.

Selepas: Berdoa supaya amalan diterima

Seusai Ramadan mereka berdoa supaya amalan mereka diterima kerana mereka khuatir amalan mereka terbatal. Menurut mereka, perjuangan supaya amalan diterima lebih susah berbanding perjuangan mengamalkannya.

 

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image