Misi Agihan Iftar & Dapur Pek di Komuniti Rohingya Ampang (Projek Ramadhan-Raya 1440H)

Khamis 9 Mei 2019

Lokasi : Ampang, (Komuniti Rohingya Ampang)

Agihan sumbangan :

  • Iftar Pek (200 pek)  Nasi Arab Dima 
  • Dapur Pek (50 keluarga asnaf) mengandungi beras 10kg, Minyak masak, garam, kunyit, bawang besar, bawang putih, maggie.

Tahun ini kita hadkan untuk 50 keluarga yang paling layak terima sumbangan infak dapur Pek Ramadhan disini dengan kita lebihkan barangan asas dapur pek agar mampu mereka bertahan agak lama sikit.

Kebanyakan komuniti rohingya disini sudah lama menetap di Malaysia sebagai pelarian yang tak terbela nasib mereka. Kebanyakan mereka ini tersepit dan tiada banyak pilihan yang ada. Meneruskan kehidupan disini dengan serba kekurangan atau pulang ke kampung halaman sendiri yang sudah tergadai.

Puan Kushedah (wakil dan penterjemah bagi kaum Rohingya) memaklumkan, kebanyakan mereka disini sangat menghargai sumbangan beras berbanding sumbangan lain. Kerana beras merupakan sumbangan utama setiap kali projek ramadhan dilakukan oleh PIQD (kini PIKDM). Keperluan asas dapur pek ini sedikit sebanyak menggembirakan mereka untuk menyambut ramadhan sepertimana orang lain yang mampu.

Jazakumullahhu khayran untuk Hamba Allah penyumbang tunggal yang menaja program Dapur Pek dan Iftar di Komuniti Rohingya ini. Semoga Allah berkati. Terima kasih team Piqd (kini PIKDM) yang turun membantu kali ini Haleiza Ismail juga sukarelawan Nurse Eddy.

Amal bil ihsan Dakwah bil Hikmah.

Semoga Allah terima amal kita semua.

#PIQD kini #PIKDM
#IftarPek
#DapurPek
#PRR1440H
#Rohingya

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia