You are currently viewing Penghargaan Buat Para Penginfak Madrasah PIKDM di Ibadan Nigeria

Penghargaan Buat Para Penginfak Madrasah PIKDM di Ibadan Nigeria

  • Post category:Projek

Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman lagi dermawan atas izinNya telah terbina Madrasah PIKDM di Falana Ibadan Nigeria ini dalam tempoh 5 bulan dilancarkan dan berjaya disiapkan sepertimana apa yang diharapkan mereka disana..dan Allah Maha Mendengar setiap hajat hambaNya..pada saat getir ekonomi dan pandemik yang melanda..Allah tetap rezekikan buat urusan makhluk bumi yang nun jauh disana serba dhoif kehidupan mereka tidak pernah mengalah dan lelah untuk kerja² mulia disisi Allah..kita sudah banyak nikmat yang tak terhitung berbanding mereka² yang Allah masih mahu mereka lalui ujian sukar demi memaknai nikmat Islam. Bersyukur kita semua masih diberi peluang dan ruang untuk terus beramal soleh..dengan amalan sedekah ini moga ianya menjadi penyelamat kita di akhirat nanti..moga amal kita diterimaNya. Allahhumma Aameen..

Pelajar sebelum ini seramai 78 orang telah bertambah kemasukan baru seramai 22 orang lagi pada hari perasmian. Mengimbau kembali bagaimana PIKDM bermula dengan Projek ini pasti ramai yang masih ingat dan lupa barangkali..bermula dengan Dr Ibrahim Adelani telah menjejaki kampung ini yang kommuniti mereka masih solat di atas lapangan tanpa sebuah surau atau masjid dibina disitu lagi. Mengambil wudhu pun dari air perigi yg jauh dari lokasi untuk dibuat wudhu. Sejak dari ziarah itu..PIKDM bersetuju bina 1 perigi di kommuniti itu dan Imam hamid telah menyuarakan hasratnya untuk mewakafkan tanah miliknya kepada PIKDM untuk dibina masjid dan Madrasah PIKDM.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..dengan izinNya pada Mei 2020 Masjid PIKDM.

https://youtu.be/7IX69W7daM0

mula dibina dan siap dibina pada Jun 2020 berserta sebuah perigi terlebih dahulu untuk keperluan yang paling utama didahulukan. Masjid telah dimanfaatkan sebagai Madrasah PIKDM sementara.

Alhamdulillah pada Mei 2021 Madrasah PIKDM mula dibina dan pada 2 Oktober Madrasah PIKDM dirasmikan: https://youtu.be/G_pWL2g4s9k

Semoga bermanfaat buat ummah.

Semoga amal kita semua diterima disisi Allah..Semoga Allah merahmati kalian semua. Allahhumma Aameen.

Barakallahufeekum.

https://t.me/PIKDMChannel/2912

#PIKDM
#FalanaIbadanNigeria
#MadrasahPIKDM