27 hari juga tajaan Iftar coxs bazar telah disempurnakan.
Mereka mahu berterima kasih kepada para penginfak yang menaja iftar mereka walau ramadhan belum berakhir.
Alhamdulillah PIQD (kini PIKDM) seperti tahun tahun sebelumnya meneruskan bantuan tajaan iftar di Coxs Bazar selagi Allah izinkan kami meneruskan kerja ini. Selagi para penginfak terus mahu memberi..
Kami di PIQD (kini PIKDM) hanya berusaha semampu yang boleh untuk berbagi rezeki buat yang memerlukan dan yang layak menerima bantuan. Kepuasan hati penginfak kami utamakan.Kepercayaan penginfak pendorong kami.
Berbaki beberapa hari lagi untuk tajaan iftar di 4 madrasah tajaan PIQD (kini PIKDM) seramai 400 orang. Tajaan Iftar Coxs Bazar yang diperuntukkan sebanyak RM48,000 merupakan angka yang sangat minima berbanding di Malaysia. Mereka tidak minta makanan yang enak dan mewah..cukup sekadar satu lauk ataupun nasi bersama dhal kacang kuda semata mata. Sudah cukup menyelerakan lagi mengenyangkan..
Kami kongsikan gambar anak anak berebut rebut mahukan sebiji kurma semasa Misi Ziarah team Piqd (kini PIKDM) baru ini untuk anda rasai erti nikmatnya sebiji kurma bagi mereka.
Kami kongsikan juga suasana iftar di 4 madrasah tajaan PIQD (kini PIKDM) untuk anda lihat juadah iftar mereka yang cukup sekadar mengenyangkan.
Banyak lagi mahu dikongsikan..cukuplah sekadar ini dulu..
Jazakumullahhu khayran para penginfak PIQD (kini PIKDM) atas sokongan yang berterusan ini. Semoga Allah terima amal kita semua. Allahhumma Aameen.
https://www.pikdm.org.my/donations/ir/