Skip to content
Buletin & aktiviti

Ziarah Mahabbah PIKDM ke Ibupejabat Pertubuhan Ihsan Madani di Kajang, Selangor

14 Oktober 2024 (Isnin)

Kami hadir sebagai rakan strategik yang saling menyokong erti kemanusiaan dan berkongsi pengalaman bagaimana peri pentingnya peranan NGO mampu mengubah nasib insan insan yang tercicir, tersisih, terpencil tidak mendapat pembelaan serta capaian bantuan.

Sebagai sebuah NGO yang membawa Misi dan Visi kita tidak lari dari ujian dan cabaran untuk sampai pada matlamat dan tujuan..susah payah perlu dilalui jika mahu kekal menyumbang kepada jalan kebaikan. Ada waktunya kita perlu bergabung saling menguatkan demi menjunjung nilai ‘Kemanusiaan’.

Pada ziarah pertama ini kami mengambil kesempatan mengenali lebih dekat latarbelakang Pertubuhan Ihsan Madani sekaligus menyerahkan cenderahati terimakasih PIKDM atas sumbangan ihsan fidyah yang disumbangkan IM untuk sumbangan 133 dapur pek pada Program Misi Kemanusiaan Kesukarelawan Antarabangsa PIKDM Bersama Bravo 7.0 di Cambodia yang lepas. Semoga ada lagi jalinan kerjasama di masa mendatang. InshaaAllah.

Kami memerlukan sokongan dana bagi menjayakan Misi ke Sabah

Jom Infak! Serendah RM5 sahaja. Klik link >> SINI <<

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image