Buku Poket Zikir Pagi Petang (Edisi Terbaharu)
3,000 Naskah untuk Diinfakkan Segera !
Kepada para dermawan, kami membuka peluang infak buku Zikir Pagi Petang terbitan PIKDM ini untuk diagihkan kepada golongan asnaf, mangsa banjir, serta madrasah dan surau di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.
Kenapa Buku Poket Zikir Pagi Petang ?
- Manfaat besar dapat diperoleh pada setiap helaian
- Amalan kecil ganjaran pahala besar
- Zikir yang disunnahkan Rasulullah SAW untuk kita amalkan
- Manifestasi cinta Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah yang ditinggalkan Baginda
- Dan banyak lagi fadhilat yang boleh digali daripada buku poket ini
============
15,000 naskah telah dicetak dan diedarkan!
Bacaan bacaan dirumikan bagi memudahkan pembaca yang kurang mahir Bahasa Arab
Edisi terbaharu dengan tambahan doa pilihan
Ganjaran pahala yang berterusan bagi yang memberi infak, sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam hadith-hadithnya. Mari bersama kita sebarkan amalan mudah ini yang penuh dengan keberkatan!
Keperluan Infak :
- 2,000 naskah diperuntukan untuk agihan di Semenanjung Malaysia (Madrasah, Masjid, Surau, Asnaf, Mangsa Bajir)
- 1,000 naskah diperuntukan bagi agihan di Sabah (Madrasah, Masjid, Surau, Asnaf Dakwah Mualaf)
Jadikan buku ini sebagai hadiah rohani yang tidak ternilai. Amalan zikir yang ringan tetapi besar ganjarannya.
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Sesiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, maka dia mendapat pahala sama seperti orang yang melakukannya.” (HR Muslim)
Ayuh bersama PIKDM mencapai sasaran ini!
Jom infak ! Fastabikhul Khairat !