Skip to content
Buletin & aktiviti

[Tonton] Projek Perpustakaan Mini

Lokasi: MADS Pusat, Kampung Malalin, Pulau Jambongan Sabah.

Tarikh: 31 Oktober 2024

Tonton di Facebook : https://fb.watch/vZhPdpnJFa/

PIKDM telah berjaya melaksanakan satu lagi inisiatif komuniti yang memberi manfaat besar kepada pelajar di MADS Pusat, Kampung Malalin.

Projek Perpustakaan Mini ini bertujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang mesra kanak-kanak dengan matlamat utama memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Inisiatif ini membuktikan komitmen PIKDM dalam meningkatkan kesejahteraan pendidikan masyarakat luar bandar dengan memaksimakan ruang yang terhad meminimakan kos mencipta suasana baru yang lebih segar mesra membaca.

Projek Perpustakaan Mini ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan pelajar melalui budaya membaca. Kreativiti, komitmen, dan pendekatan kos efektif membuktikan bahawa kekangan ruang dan sumber bukan halangan untuk memberikan impak besar kepada komuniti. Dengan aspirasi yang jelas, PIKDM terus menjadi inspirasi kepada inisiatif-inisiatif pendidikan lain di masa depan.

“𝐁𝐞𝐫𝐀𝐨𝐧𝐠𝐬𝐒 πŠπžπ πžπ¦π›π’π«πšπšπ§, πŒπžπ§πšπ¦π›πšπ‘ πŠπžπ›πšπ‘πšπ π’πšπšπ§.”

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman yang telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti disini.

Teruskan Menyokong Kami!

Sumbangan anda, harapan mereka.

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image