Lokasi: MADS Pusat, Kampung Malalin, Pulau Jambongan Sabah.
Tarikh: 31 Oktober 2024
PIKDM telah berjaya melaksanakan satu lagi inisiatif komuniti yang memberi manfaat besar kepada pelajar di MADS Pusat, Kampung Malalin.
Projek Perpustakaan Mini ini bertujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang mesra kanak-kanak dengan matlamat utama memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Inisiatif ini membuktikan komitmen PIKDM dalam meningkatkan kesejahteraan pendidikan masyarakat luar bandar dengan memaksimakan ruang yang terhad meminimakan kos mencipta suasana baru yang lebih segar mesra membaca.
๐๐ซ๐๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ค๐๐ฉ๐๐ง ๐๐ข๐ฆ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐.
Projek ini mencerminkan kreativiti Tim PIKDM dalam memanfaatkan sumber bahan yang terhad dan kos efektif. Antara langkah strategik yang diambil termasuk:
- Penggunaan Rak Buku Minimalis. Rak-rak buku kecil dipasang secara tersusun di dinding untuk menjimatkan ruang. Rekaan ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga memberikan akses mudah kepada bahan bacaan pelajar.
- Penyusunan bahan bacaan pelbagai Genre. Buku bacaan seawal kanak-kanak tadika hingga dewasa disusun di rak buku mini ini.
- Kos Minimum, Impak Maksimum.
- Perabot seperti rak logam dan alat gantungan diperoleh dengan kos yang rendah namun tetap berfungsi dengan baik. Pendekatan ini memastikan dana yang diperoleh digunakan secara optimum.
๐๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐๐ข ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค
Projek Perpustakaan Mini ini boleh dikategorikan sebagai Inisiatif Pendidikan Inklusif dan Pemerkasaan Komuniti. Aspirasi utama adalah untuk:
- Menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar Mads.
- Mewujudkan suasana membaca walaupun dengan sumber dan ruang yang terhad.
- Memberikan contoh inovasi sosial melalui penggunaan sumber yang bijak untuk mencapai matlamat yang besar.
- Perpustakaan mini ini menjadi simbol harapan PIKDM untuk melihat MADS terus bersemangat meningkatkan mutu pendidikan pelajar pelajar di pulau ini..
๐๐๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง
Projek Perpustakaan Mini ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan pelajar melalui budaya membaca. Kreativiti, komitmen, dan pendekatan kos efektif membuktikan bahawa kekangan ruang dan sumber bukan halangan untuk memberikan impak besar kepada komuniti. Dengan aspirasi yang jelas, PIKDM terus menjadi inspirasi kepada inisiatif-inisiatif pendidikan lain di masa depan.
“๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ซ๐๐๐ง, ๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐๐ง.”
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman yang telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti disini.
Teruskan Menyokong Kami!
Sumbangan anda, harapan mereka.






















