PIKDM – TAJAAN IFTAR & SAHUR RAMADAN
Kem Pelarian Rohingya, Cox’s Bazar, Bangladesh
Sepanjang Ramadan ini, PIKDM menaja hidangan sahur dan iftar untuk kira-kira 450 orang yang terdiri daripada pelajar, guru serta komuniti setempat di 6 buah madrasah di bawah Projek Angkat PIKDM.
Madrasah terlibat:
- Madrasah Abu Bakar As Siddiq
- Madrasah Abu Hurairah
- Madrasah PIKDM
- Madrasah Uthman Bin Affan
- Madrasah Aishah Siddiqah
- Madrasah Ibnu Abbas
Kos tajaan sehari: RM1,800
(Sahur & Iftar untuk 450 pax)
Setiap tahun, keperluan iftar di madrasah-madrasah ini dibantu melalui tajaan Ramadan oleh para penyumbang PIKDM. Namun pada tahun ini, kemasukan dana Projek Ramadan agak perlahan.
Walaupun begitu, PIKDM tetap berusaha meneruskan tajaan pada hari-hari awal Ramadan kerana keperluan yang mendesak. Pihak madrasah juga terpaksa berhutang sementara dengan kedai runcit bagi menyediakan makanan sementara menantikan dana tajaan PIKDM.
Status Dana Cox’s Bazar
Sasaran: RM54,000
Terkumpul: RM8,920
Baki diperlukan: RM45,080
Kini Ramadan berbaki 9 hari sahaja lagi.
Doakan agar Allah melapangkan rezeki dan membuka hati lebih ramai insan untuk membantu mereka yang masih mengharapkan sokongan kita.
Setiap suapan yang sampai kepada mereka, insyaAllah menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
Jika ada yang berhajat untuk tunaikan zakat asnaf & fidyah puasa, rebutlah peluang di 10 akhir Ramadan ini https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/



