QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Agihan 100 Pek Bubur Lambuk PIKDM

AGIHAN 100 PEK BUBUR LAMBUK PIKDM
Isnin | 9 Mac 2026

Alhamdulillah.

Semalam pasukan PIKDM bersama Puan Pengerusi Lynnda Abbas, Cik Alyssa Diyana (Pengurus Operasi), Pn Shaliza Isa (Bendahari) serta Ust Muhammad Izzat Che Husin (Penasihat Agama PIKDM) telah mengagihkan 100 pek bubur lambuk kepada pekerja R&R (cleaner), petugas stesen minyak serta orang awam yang singgah dalam perjalanan pulang menjelang waktu berbuka sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Agihan ini memberi peluang kepada kami untuk berkongsi juadah berbuka puasa yang sederhana, namun cukup bermakna bagi mereka yang masih bekerja atau berada di jalanan ketika hampir masuk waktu Maghrib.

Dalam masa yang sama, pasukan kami turut mengedarkan naskhah Zikir Pagi Petang cetakan PIKDM. Naskhah ini boleh diambil sebagai infak atau diinfakkan semula seikhlasnya.

Alhamdulillah, kebanyakan penerima bubur lambuk yang ditemui tidak keberatan untuk turut menyumbang ke tabung infak Zikir Pagi Petang yang dikendalikan oleh Pn Shaliza Isa.

Turut bersama dalam agihan ini ialah Ust Muhammad Izzat Che Husin, yang meluangkan masa bersama pasukan PIKDM sepanjang hari ini sebelum beliau bertolak pulang ke Perlis.

Sehari sebelumnya, pada Ahad, 8 Mac, beliau juga telah bersama PIKDM dalam Acara Iftar Perdana PIKDM, di mana beliau memimpin solat Tarawih sebagai imam serta menyampaikan tazkirah Ramadan kepada para hadirin.

Semoga setiap pek bubur yang diagihkan menjadi amal jariah buat para penyumbang.

InsyaAllah, Agihan Bubur Lambuk Fasa 2 akan diteruskan pada Sabtu ini.
Kami masih membuka ruang tajaan bagi menjayakan agihan seterusnya.

Pilihan Infak:

• RM5 – Infak 1 Pek Bubur Lambuk
• RM3 – Air Mineral & Kurma
• RM8 – Set Lengkap Iftar
(Bubur Lambuk + Air Mineral + Kurma)

Sasaran Agihan: 300 Pek Set Iftar

Maybank
5627 4015 5175
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Code: #buburlambuk

Infak Ramadan 1447H bersama PIKDM klik di sini:
https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun.”
(HR Tirmizi)

Setiap infak kecil menjadi sebab seseorang dapat berbuka dengan senyuman. Usaha kecil, biar berkah.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image