𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 & 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐈𝐊𝐃𝐌 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡.
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: 𝐌𝐀𝐃𝐒 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐥𝐢𝐧, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟑𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢: 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 & 𝐉𝐚𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 –
Alhamdulillah, program Misi Kemanusiaan, Kebajikan & Dakwah anjuran Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) yang diadakan di Dewan Sek Malalin & Mads Pusat berlangsung dengan lancar sekali. Program ini merangkumi beberapa aktiviti utama, termasuk:
𝟏.𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 ‘𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚’
Forum ini telah menampilkan ahli panel yang terdiri dari Tim PIKDM sendiri. Masing masing berkongsi pengalaman dan motivasi untuk anak-anak muda dan penduduk kampung:
Saudara Akmal Rusyaidi: Mahasiswa Universiti Malaya dan Leftenan Muda PALAPES, berkongsi semangat juang dan kepentingan disiplin dalam kehidupan. Banyak perkongsian yang menekankan kepada pentingnya agama, taat ibubapa dan rajin usaha jika mahu berjaya.
Cik Alyssa Diyana: Bekas guru tadika dan pernah mendapat anugerah tokoh kepimpinan, berkongsi pengalaman beliau dari seorang yang tidak yakin menjadi seorang yang berkeyakinan, menggalakkan pelajar untuk berusaha dengan gigih walaupun menghadapi cabaran.
Saudara Jumain: Graduan Terbaik keseluruhan ILKBS 2021 berkongsi pengalaman dan motivasi pencapaian dirinya yang menekankan peri pentingnya minat dan bakat kemahiran untuk membangun komuniti dan menyumbang kepada masyarakat.
Moderator forum, Ustaz Hisyam Hashimudin dari Team Mads memimpin perbincangan dengan baik, menghidupkan suasana dengan mesej yang penuh motivasi.
𝟐.𝐉𝐚𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠
[𝟑𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐤]:
Semangat gotong royong kalangan pelajar dewasa MADS Pusat melancarkan lagi program kami. Komuniti Kampung Malalin telah dijamu dengan hidangan menu lauk ayam yang disediakan oleh pasukan PIKDM dan penduduk kampung. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan, tetapi juga memupuk rasa kasih sayang antara sukarelawan dan penduduk setempat.
𝟑.𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐏𝐈𝐊𝐃𝐌 𝐏𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐛𝐛𝐚𝐬:
Memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada para pelajar dan ibu bapa untuk terus belajar dan memperbaiki kehidupan mereka dari baik kepada lebih baik dan terus bersemangat beramal dengan ilmu yang telah dipelajari.
Terima kasih kepada MADS Pusat. Kini sudah 6 tahun Mads dibawah tajaan Projek Angkat PIKDM. Hasrat dan harapan PIKDM agar para penyumbang terus menyokong usaha dakwah kami untuk tajaan 13 guru yang komited berkhidmat untuk memaknusiakan
masyarakat Pulau yang serba kekurangan ini.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman yang telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti disini.
Teruskan Menyokong Kami!
Sumbangan anda, harapan mereka.
Tonton di Facebook : https://fb.watch/vWW8visEBy/