Skip to content
Buletin & aktiviti

Misi Kemanusiaan Kebajikan & Dakwah PIKDM di Pulau Jambongan, Sabah

๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข: ๐Œ๐€๐ƒ๐’ ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ, ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฅ๐ข๐ง, ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐‰๐š๐ฆ๐›๐จ๐ง๐ ๐š๐ง, ๐’๐š๐›๐š๐ก

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข: ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ & ๐‰๐š๐ฆ๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  –

Alhamdulillah, program Misi Kemanusiaan, Kebajikan & Dakwah anjuran Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) yang diadakan di Dewan Sek Malalin & Mads Pusat berlangsung dengan lancar sekali. Program ini merangkumi beberapa aktiviti utama, termasuk:

๐Ÿ.๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ‘๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐ข ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š’

Forum ini telah menampilkan ahli panel yang terdiri dari Tim PIKDM sendiri. Masing masing berkongsi pengalaman dan motivasi untuk anak-anak muda dan penduduk kampung:

โ–ช๏ธŽSaudara Akmal Rusyaidi: Mahasiswa Universiti Malaya dan Leftenan Muda PALAPES, berkongsi semangat juang dan kepentingan disiplin dalam kehidupan. Banyak perkongsian yang menekankan kepada pentingnya agama, taat ibubapa dan rajin usaha jika mahu berjaya.

โ–ช๏ธŽCik Alyssa Diyana: Bekas guru tadika dan pernah mendapat anugerah tokoh kepimpinan, berkongsi pengalaman beliau dari seorang yang tidak yakin menjadi seorang yang berkeyakinan, menggalakkan pelajar untuk berusaha dengan gigih walaupun menghadapi cabaran.

โ–ช๏ธŽSaudara Jumain: Graduan Terbaik keseluruhan ILKBS 2021 berkongsi pengalaman dan motivasi pencapaian dirinya yang menekankan peri pentingnya minat dan bakat kemahiran untuk membangun komuniti dan menyumbang kepada masyarakat.

โ–ช๏ธŽModerator forum, Ustaz Hisyam Hashimudin dari Team Mads memimpin perbincangan dengan baik, menghidupkan suasana dengan mesej yang penuh motivasi.

๐Ÿ.๐‰๐š๐ฆ๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ 

[๐Ÿ‘๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐ž๐ค]:

Semangat gotong royong kalangan pelajar dewasa MADS Pusat melancarkan lagi program kami. Komuniti Kampung Malalin telah dijamu dengan hidangan menu lauk ayam yang disediakan oleh pasukan PIKDM dan penduduk kampung. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan, tetapi juga memupuk rasa kasih sayang antara sukarelawan dan penduduk setempat.

๐Ÿ‘.๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ˆ๐Š๐ƒ๐Œ ๐๐ง ๐‹๐ฒ๐ง๐ง๐๐š ๐€๐›๐›๐š๐ฌ:

Memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada para pelajar dan ibu bapa untuk terus belajar dan memperbaiki kehidupan mereka dari baik kepada lebih baik dan terus bersemangat beramal dengan ilmu yang telah dipelajari.

Terima kasih kepada MADS Pusat. Kini sudah 6 tahun Mads dibawah tajaan Projek Angkat PIKDM. Hasrat dan harapan PIKDM agar para penyumbang terus menyokong usaha dakwah kami untuk tajaan 13 guru yang komited berkhidmat untuk memaknusiakan

masyarakat Pulau yang serba kekurangan ini.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman yang telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti disini.

Teruskan Menyokong Kami!

Sumbangan anda, harapan mereka.

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image