Anak-anak di madrasah ini berlumba-lumba mendapatkan makanan istimewa yang disediakan PIKDM untuk dijamu mereka makan,bukan kerana lapar semata, tapi kerana rasa syukur menikmati juadah sebegini kebiasaannya pada waktu Ramadan.
Walau hidup sebagai pelarian serba kedhoifan, para ustaz dan pelajar tetap istiqamah mengajar dan belajar ilmu Allah setiap hari.
Berbekalkan semangat dan sedikit rezeki, mereka terus mendidik generasi huffaz di sini.
Tonton di Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1BkanXmAEV/
Misi kami diteruskan ke Madrasah Abu Hurairah r.a., meraikan pelajar-pelajar yang berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Senyuman mereka, sambutan mesra, dan hidangan buah-buahan sederhana bagi kami tapi mewah bagi mereka kerana mahu sambut kedatangan kami mereka sanggup belanjakan kos beli buah mahal ini untuk jamu kami..semuanya lambang kasih yang ikhlas.
Alhamdulillah, PIKDM berpeluang menaja makan tengah hari di Madrasah Abu Hurairah dan menyampaikan hadiah khas kepada 3 pelajar yang khatam hafaz 30 juzuk Al-Qur’an pada hari tersebut.
Semoga setiap suapan yang mereka nikmati menjadi pahala berterusan buat para penyumbang PIKDM yang terus menyokong perjuangan ini.
Nantikan episod seterusnya…
Sertai INFAK Projek Angkat PIKDM : https://www.pikdm.org.my/projek-angkat-pikdm-2025/

🍚 Misi Cinta Ilmu di Cox’s BazarAnak-anak di madrasah ini berlumba-lumba mendapatkan makanan istimewa yang disediakan…
Posted by PIKDM on Saturday 15 November 2025

![[tonton] misi cinta ilmu di cox's bazar](https://www.pikdm.org.my/wp-content/uploads/2025/11/Tonton-Misi-Cinta-Ilmu-di-Coxs-Bazar.png)

