Skip to content
Buletin & aktiviti

[Tonton] 40 Karton Air ‘Drinking Water’ Bukan Mineral Water Ya.

40 karton air ‘drinking water’, bukan mineral water — inipun sudah cukup bernilai bagi penduduk Kampung Pulau Jambongan.
Kerana harganya lebih murah dan air selamat diminum sudah memadai.

RM10 sekarton = RM400
Berat lebih kurang 800kg.

Tonton di Facebook : https://www.facebook.com/share/r/1Bjm6oLQQW/

Dibeli di Pekan Paitan, naik 4×4, kemudian diangkat pula ke dalam bot untuk ke Pulau Jambongan, Kampung Hujung — perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.
Kos bot pergi balik: RM600.

Bayangkan… kalau semata-mata bot ini keluar hanya untuk beli air.
Sebab itu, sewaktu team kami pulang, Cikgu Azam & team MADS pantas memanfaatkan bot kosong ini untuk menghantar air kepada penduduk.

Kita lihat berat karton ini di bahu mereka, tetapi lebih berat beban hidup mereka bertahun-tahun tidak pernah menikmati air bersih seperti kita.

Semoga Projek Water4Life yang bakal dibina nanti membawa perubahan kepada kehidupan mereka — meringankan beban, memberi nafas harapan.

Ayuh, bantu kami cukupkan dana ini.
Setitis air yang mereka bakal nikmati, lautan pahala untuk anda tanpa henti.

Klik Link Infak👇
https://www.pikdm.org.my/donations/pembinaan-sistem-air-bersih/

Tonton

40 karton air ‘dringking water’ bukan mineral water ya..inipun sudah cukup bernilai bagi penduduk kampung Pulau…

Posted by PIKDM on Sunday 2 November 2025

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image