QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Tiga Penentu Kejayaan Hamba

Kejayaan sebenar seorang hamba bukan terletak pada harta, pangkat atau pujian manusia. Sebaliknya terletak pada keseimbangan tiga perkara utama dalam hidupnya iaitu: agama, dunia dan akhirat. Terdapat satu doa yang sering dibaca Rasulullah SAW meliputi tiga perkara ini. Dari pada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

اللهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah perbaikilah untukku agamaku yang menjadi benteng kepada urusanku, perbaikilah untukku duniaku yang menjadi tempat hidupku serta perbaikilah untukku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupan ini mempunyai nilai tambah bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan.

(HR Muslim)

Doa yang diajarkan Rasulullah SAW ini adalah kunci kejayaan hakiki dalam memohon agar setiap aspek hidup kita sentiasa diperelokkan oleh Allah SWT, supaya perjalanan hidup ini sentiasa menuju kebaikan dan pengakhiran yang bahagia. Doa ini secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa kejayaan sebenar kita bukan hanya terletak pada dunia atau buah fikir, usaha mahu pun ikhtiar kita sahaja, tetapi juga terletak pada keseimbangan yang menjamin keselamatan kita hingga ke akhirat.

Tuntasnya, muslim yang berjaya adalah yang baik praktikal agamanya, terurus urusan duniawinya serta terjaga kesudahan akhiratnya. Semua ini tidak berjalan dengan lancar disebabkan kudrat kita, tetapi sudah semestinya berlaku dengan izin Allah SWT.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 107636
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image