QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Kunjungan Ziarah Ustaz Faiq ke Ibu Pejabat PIKDM

Alhamdulillah, Ibu Pejabat PIKDM menerima kunjungan Ustaz Faiq, Mudir & penerus legasi Manhaj Batang Kali, bersama sahabat beliau. Mereka hadir bukan sahaja untuk mengeratkan ukhuwah, bahkan turut membawa buah tangan istimewa 5 botol Sambal Hitam Manhaj, hasil air tangan dari belimbing buluh yang ditanam di sekitar Manhaj.

Dalam pertemuan ini, kami bertukar cerita dan mengimbau sejarah penubuhan Manhaj yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Fadli. Setelah pemergian beliau, perjuangan diteruskan oleh Almarhumah Puan Yati, yang meneruskan amanah dakwah dengan penuh dedikasi. Namun, pada Syawal tahun ini, kita semua dikejutkan dengan berita pemergian beliau akibat kemalangan di simpang masuk ke jalan Manhaj.

Takdir Allah mengatur segalanya dengan penuh hikmah. Puan Yati telah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Ustaz Faiq sejak beliau menjadi Mudir lagi, yakin akan komitmen, kerajinan, dan amanah yang beliau tunjukkan. Hari ini, Ustaz Faiq memikul amanah besar untuk meneruskan perjuangan Manhaj Batang Kali.

Barakallahu feekum, Ustaz Faiq.

Terima kasih atas kunjungan, ukhuwah, dan hadiah sambal hitam yang penuh makna ini. Semoga Allah memberkati usaha dakwah dan pendidikan di Manhaj. InshaaAllah PIKDM akan adakan siri Ziarah dan program ke Manhaj selepas ini.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image