Skip to content

Seruan Haji Kemuncak Zulhijjah

Syiar terbesar yang menjadi ibadah kemuncak pada bulan Zulhijjah adalah ibadah haji. Haji merupakan rukun Islam kelima dan kemuncak pengabdian seorang hamba kepada Allah SWT. Ia menghimpunkan pelbagai bentuk ibadah dari segi fizikal, spiritual dan material yang termaktub dalam satu ibadah agung yang dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-‘Imran ayat 97:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”

Ini menunjukkan bahawa kewajipan haji hanya dikenakan kepada mereka yang benar-benar memenuhi syarat kemampuan, bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, tetapi juga melibatkan kelulusan perjalanan yang sah. Pada masa kini, aspek kemampuan turut merangkumi keperluan mendapatkan visa, mematuhi sistem kuota serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan negara asal jemaah. Walaupun ada yang telah bersedia secara fizikal dan kewangan, mereka tetap perlu menunggu giliran disebabkan had kapasiti dan peraturan keselamatan yang ketat. Oleh itu, keizinan rasmi menjadi sebahagian daripada syarat pelengkap dalam menentukan kewajipan menunaikan ibadah haji.

Bagi mereka yang masih belum berpeluang menunaikan haji, bulan Zulhijjah tetap boleh dimanfaatkan dengan memperbanyak amalan lain seperti puasa sunat, zikir, takbir, sedekah serta ibadah korban. Ini adalah cara terbaik untuk menzahirkan kecintaan kepada syiar Islam, di samping terus berdoa agar diberi peluang menyahut seruan agung ke Baitullah suatu hari nanti.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA

INFAK ZULHIJJAH bersama PIKDM
https://www.pikdm.org.my/donations/10-zulhijjah

Daftar Korban bersama PIKDM dibuka hingga 1 Jun
https://www.pikdm.org.my/korban-1446h/

Sedekah korban bersama PIKDM dibuka hingga 4 Jun
https://pay.pikdm.org.my/sedekah-daging-1446h-2025/

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image