Skip to content

Menahan Diri Daripada Memotong Kuku Rambut Dan Bulu

Biasanya menjelang bulan Zulhijjah, banyak pihak akan menyebarkan peringatan sunnah menahan diri daripada memotong rambut, kuku dan bulu sehinggalah haiwan korban disembelih. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW beliau berkata, Rasulullah Saw bersabda:

‎مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

“Sesiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia memotong rambutnya, mahupun kukunya sehingga dia selesai berkorban.”

(HR Muslim: Sahih)

Walaupun larangan ini sering diingatkan sebelum masuknya bulan Zulhijjah, namun peringatan secara berkala tetap diperlukan agar tidak terlupa, terutamanya dalam suasana persiapan menyambut Aidiladha. Ada kalanya, dalam keterujaan membuat persiapan, kita mungkin terlupa lalu tergunting rambut, janggut, kumis atau kuku tanpa sedar.

Sehubungan itu, pemilik kedai gunting rambut, salon, dan pusat rawatan diri juga boleh memainkan peranan dalam menyampaikan peringatan ini kepada pelanggan mereka. Sebagai sebahagian daripada khidmat masyarakat, mereka boleh bertanya secara sopan dan memberi peringatan ringan sepanjang tempoh larangan ini berlangsung. Langkah kecil ini mampu memberikan impak besar kepada masyarakat dalam menjaga sunnah Rasulullah SAW ini.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA

INFAK ZULHIJJAH bersama PIKDM
https://www.pikdm.org.my/donations/10-zulhijjah

Daftar Korban bersama PIKDM dibuka hingga 1 Jun
https://www.pikdm.org.my/korban-1446h/

Sedekah korban bersama PIKDM dibuka hingga 4 Jun
https://pay.pikdm.org.my/sedekah-daging-1446h-2025/

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image