Tarikh: 30 Okt – 1 November 2024
Lokasi agihan: Kg Babagu, Kg Bahanan, Kg Hujung, Kg Malain & Kg Limau limau.
Kuantiti: 15 set kit jenazah
Sebanyak 15 kotak Kit Jenazah diinfakkan kepada MADS untuk dimanfaatkan bagi penduduk kampung bagi tahun 2024-2025. Projek sumbangan kit jenazah ini saban tahun PIKDM infakkan, bertujuan untuk memudahkan pengurusan jenazah saat kematian menjemput.
𝙊𝙗𝙟𝙚𝙠𝙩𝙞𝙛:
Memberi sokongan kepada komuniti yang mementingkan kebajikan dan dakwah.Kos pengurusan jenazah di bandar lebih beruntung kerana mudah didapati dan banyak khidmat percuma disediakan.
Di pulau ini majoriti masyarakatnya kategori miskin, bekerja sebagai nelayan dan isteri surirumah. Tiada elektrik dan bekalan air bersih “𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒔𝒂 𝒕𝒆𝒈𝒂𝒍 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂”. Bagi nelayan disini mereka ibarat “𝑲𝒂𝒊𝒔 𝒑𝒂𝒈𝒊 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒈𝒊, 𝒌𝒂𝒊𝒔 𝒑𝒆𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒕𝒂𝒏𝒈”. Menguruskan jenazah di kawasan pendalaman ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan ‘𝒌𝒊𝒕 𝒋𝒆𝒏𝒂𝒛𝒂𝒉’ disaat berlakunya kematian. Dengan adanya infak kit jenazah dari PIKDM, masyarakat disini sedikit terbela dan dipeduli.
Tujuan diagihkan setiap kampung beberapa set kit jenazah ini bagi memudahkan pengurusan dipercepatkan. Contoh, Mads Pusat ke Kg limau limau sahaja mengambil masa 40minit perjalanan dan jalan yang sangat mencabar untuk sampai perlu naik 4×4. Jika semata mata Mads Pusat mahu hantar kit jenazah agak tidak masuk akal. Makanya perlu ada simpanan kit jenazah untuk setiap cawangan dan kampung.
Sewaktu Tim kami ke Mads Kg Limau limau kami terserempak dengan lori muatan berat yang terjunam di lereng bukit sejak kali terakhir kami datang 2 tahun yang lepas masih ada disitu lagi. Kenapa tak ditarik? Hanya orang kampung disini memahami keadaan nak masuk ke kampung ini..sukarnya mereka tetap bersemangat mahukan pendidikan dan agama.
Dengan infak kelengkapan kit jenazah ini secara tidak langsung membantu kommuniti disini menguruskan jenazah dengan kadar segera tanpa membebankan keluarga si mati.
Diharapkan agar lebih banyak pihak tampil memberikan sokongan untuk program-program kebajikan PIKDM seperti ini di masa akan datang.
“Setiap rezeki kita ada rezeki orang lain”
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman yang telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti disini. Setiap infak yang diberikan telah meringankan beban masyarakat dan memberi impak besar kepada komuniti setempat.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
وَاَ نْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰۤى اَجَلٍ قَرِيْبٍ ۙ فَاَ صَّدَّقَ وَاَ كُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.”
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 10)
Teruskan Menyokong Kami!
Sumbangan anda, harapan mereka.









