Skip to content
Buletin & aktiviti

Agihan Dapur Pek untuk 10 Keluarga

Alhamdulillah, PIKDM hanya berjaya mengagihkan 10 Dapur Pek khas untuk 10 keluarga yang sangat memerlukan. Walaupun program di Pulau Jambongan lebih fokus kepada jamuan makan sekampung, agihan kit jenazah, membina mini perpustakaan dll, kami tetap peruntukkan dapur pek untuk 10 keluarga yang layak kalangan ibu tunggal, Oku, wargatua yang uzur. Bagi yang uzur kita wakilkan kepada kaum keluarga.

Dapur Pek Keperluan Asas:

  • Beras 10kg
  • Tepung
  • Gula
  • Minyak Masak

Teruskan menyokong usaha ini agar lebih ramai dapat kita bantu, InsyaAllah.

Dengan ini tamatlah sudah kesemua laporan program Misi PIKDM di Pulau Jambongan Sabah bermula dari 30 Okt – 1Nov (3hari2malam).

Ikuti laporan Misi seterusnya di Ranau.

Jazakumullahhu khayran buat para penginfak budiman yang telah memberi sinar kebahagiaan buat kommuniti disini.

Teruskan Menyokong Kami!

Sumbangan anda, harapan mereka.

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image