𝙇𝙖𝙥𝙤𝙧𝙖𝙣 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝘼𝙜𝙞𝙝𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙥𝙪𝙧 𝙋𝙚𝙠:
Lokasi: Perkampungan Orang Asli, Beswok, Sungai Siput, Perak
Penganjur: Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟
Menyampaikan bantuan dapur pek kepada komuniti Orang Asli yang memerlukan.
Meringankan beban keperluan harian golongan sasaran.
Mengukuhkan hubungan dengan komuniti melalui pendekatan dakwah dan kebajikan.
Meninjau persiapan keperluan Pra Ramadan
𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚:
- Agihan Dapur Pek: Sebanyak 90 Dapur Pek diagihkan, mengandungi barangan asas seperti makanan kering; Beras, minyak, gula, biskut, maggie, teh.
- Sumbangan Buku Zikir: Buku Zikir Pagi dan Petang diberikan kepada penduduk & surau.
- Interaksi Bersama Komuniti: Sukarelawan mendengar keperluan dan cabaran masyarakat setempat.
- PIKDM turut singgah meyantuni Tok batin Pos Kotai yang sedang berprogram bersama Team MRA.
- Destinasi terakhir PIKDM menyantuni Tok Batin Pos Besrah Kuala Mu dan singgah solat di Surau Kuala Mu.
- Sumbangan dapur pek disumbangkan PIkdm buat setiap ketua tok batin yang kami santuni.
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐬 & 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧:
Komuniti Orang Asli di Beswok menghargai sumbangan yang diterima namun mereka sangat mengharapkan dakwah berterusan dan baikpulih surau sebelum Ramadan tiba. Sejak kematian Almarhum Ust Fadli masyarakat Orang Asli disini seperti hilang tongkat untuk berjalan. Ust Fadhli merupakan guru yang banyak jasa pada kommuniti di Beswok ini. Beliau berjaya mengislamkan kommuniti beswok ini dari tiada seorang pun yang Islam kini ada 16 keluarga yang telah diislamkan. Kerja dakwah ini kerja semua.
Program ini berjaya meringankan beban komuniti dan membina hubungan erat dengan mereka. PIKDM mengalu-alukan lebih banyak sokongan untuk inisiatif seterusnya.














































