Anjuran: Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya bersama SULAM
Kerjasama: Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
Lokasi: Cyber Kids, Cyberjaya.
Tarikh: 7 Januari 2025
Fokus Program
Pendekatan pendidikan efektif terhadap kanak-kanak dengan masalah pembelajaran seperti Autism, ADHD, dan Dyslexia.
Objektif Program
1. Membantu guru memahami kaedah pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
2. Meningkatkan kesedaran guru mengenai teknik psikologi pendidikan.
3. Menyediakan alat bantu pendidikan untuk intervensi yang lebih berkesan.
Pengisian Utama
1. Bengkel dan Latihan:
Aktiviti interaktif oleh mahasiswa Fakulti Pendidikan & Kaunseling, Universiti Malaya, kepada guru dan ibu bapa.
Fokus: Memperkasakan kefahaman guru dalam mengurus dan mendidik kanak-kanak keperluan khas.
2. Sesi Perkongsian:
Perkongsian strategi oleh Cik Alyssa Diyana, Pengurus Operasi PIKDM, yang juga merupakan bekas guru tadika berpengalaman mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.
3. PIKDM Sebagai Panel Penilai:
- PIKDM dijemput untuk berkongsi pengalaman praktikal “Bagaimana Menangani Anak-Anak Keperluan Khas”.
- Jemputan PIKDM sebagai panel penilai untuk menilai keberkesanan program.
Tahniah kepada mahasiswa Fakulti Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, atas komitmen, dedikasi, dan penglibatan aktif mereka dalam menjayakan program ini.
Pencapaian Program
- Guru lebih memahami kaedah mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.
- Kesedaran komuniti pendidikan terhadap isu pembelajaran khas meningkat.
- PIKDM menerima pengiktirafan atas usaha memperkasakan pendidikan inklusif.
Penutup
Program ini telah berjaya memperkasakan pendekatan pendidikan khas sambil mewujudkan inspirasi untuk inisiatif pendidikan yang lebih inklusif pada masa hadapan.
Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat!
















